Sunday, March 30, 2014

LAWATAN KE REBAN DAERAH BARAT DAYA

 Salam semua
 kelamin SP berjalan-jalan ke rumah seorang breeder yang terkenal di daerah barat daya tak lain tak bukan saudara Azizul Idrus yang terletak berdekatan tabung haji bayan lepas. Mungkin sudah lama tidak berjalan ke sana, melihat perkembangan reban beliau sungguh mengasyikkan.

SP sampai pun dah lewat petang sebenarnya jadi banyak topik yang dibincangkan mengenai cara beliau breed serama dan perkembangan serama di tanah air. Buat masa sekarang beliau hanya menumpukan 1ekor bapa kelabu dan 6ekor induk. Cantik-cantik anak serama dan boleh diketengahkan.

Sebenarnya azizul atau lebih dikenali dengan nama ajon berasal dari telok tempoyak adalah rakan sekelas SP di sekolah menengah. Tak salah SP pada tahun 2000. Pada masa tersebut SP belum membela serama lagi tetapi beliau sudah pun mempunyai serama. Di bawah adalah sedikit sebanyak gambar-gambar lawatan SP ke reban beliau yang banyak menghasilkan serama yang bermutu dari segi kualiti dan boleh dibanggakan.


















Diakhir pertemuan Ajon telah menghadiahkan breeding vita yang diguna beliau sendiri bagi menjaga kualiti pembiakan di reban beliau.

*jika sesiapa yang ingin SP lawati reban mereka dan diletakkan ke dalam blog ini boleh hubungi SP

Wednesday, March 19, 2014

PROSES MENGAWAN


  *hai xboleh lagi letak gambar hello kitty yang lama

GAMBAR HELLO KITTY SELEPAS BERPINDAH MILIK KE PULAU PINANG




Salam peminat ayam serama
disini SP nak maklumkan perkembangan terkini Hello Kitty
-belum ada zuriat setelah diletakkan dengan induk
-induk pertama(pinjam dari kawan) ada satu biji benih tetapi mati di dalam telur
-induk kedua tiada benih
-lawi Hello Kitty baru naik tidak habis lagi setakat ini
-tiada latihan dilakukan untuk memasuki arena pertandingan
-mungkin akan menyertai pertandingan-pertandingan yang berdekatan dengan Pulau Pinang sahaja
-hanya diberi makan campuran dedak telur,dedak pembaka dan sambau
-kalau ada rezeki nak juai anak dia dalam harga rm250 sahaja untuk seekor

*ingat nak letak gambar sebelum tapi keluar gambar apa entah