Monday, November 19, 2012

BERIANI,BERYANI ATAU BIRYANI????

Salam kalini SP nak bual pasal beriani
SP tak tahu kenapa nama dieja berlainan tetapi apa yang pasti kalau kita makan nasi beriani ni pasti sedaplah
Pada bulan Sept 2012 SP telah ke Johor untuk mempelajari tentang masakan beriani.
Dari pukul 10.30am hinggalah pukul 8.30pm barulah SP sampai di Johor.
SP dengan bersemangat mempelajari cara-cara memasak beriani dengan skala yang besar(sangat sesuai untuk catering, majlis kenduri dan membuka kedai)

Bercakap mengenai buka kedai SP teringin juga nak buka kedai beriani di dalam Pulau Pinang ni. Memandangkan SP tengok di kawasan Sungai Petani, Kedah sangatlah ramai orang berkunjung untuk menikmati makanan tradisi dari Johor ni.Penduduk di sana menerima dengan baik masakan beriani.

Jika SP nak buka sebuah perniagaan mungkin kena cari "funder" atau mungkin perlu bekerja dulu dengan tauke lain untuk mencari pengalaman. Setidak-tidaknya tidaklah sia-sia saja usaha SP pergi merantau mencari ilmu dan tidak dimanfaatkan.

Tidaklah pula SP tinggalkan pekerjaan sekarang kerana perniagaan nasi beriani ini mungkin SP boleh masak selepas waktu kerja. Ini kerana pada perancangan SP, SP nak fokus pada masakan dan dihantar ke kedai manakala selok belok kedai akan diserahkan kepada tauke/funder untuk merancang perjalanan dan operasi perniagaannya.

Di bawah ada SP uploadkan serba sedikit gambar yang dicedok di google bagi menggambarkan keenakan nasi beriani.
Ini gambar SP masak dengan skala yang kecil

satu pinggan nasi yang berlaukkan kambing, daging lembu dan ayam

Ini pula nasi beriani gam

Ni gambar yang SP snap selepas makan di Sungai Petani

Ini nasi beriani gam

Ini kedai orang(hehehehe)

Kedai yang cantik 

Nasi beriani tak sama rasa dengan nasi-nasi yang lain(jangan minta garam lebih ye nanti jadi nasi kenduri)

SP suka bahagian ni(kambing)

gambar amik di google aje

lagi gambar di google



*kalau tak tercapai impian SP nak buka kedai nasi beriani di kawasan Pulau Pinang, terpaksalah SP tunggu masa pencen pula......

Sunday, November 11, 2012

CANTIKNYA SERAMA DI PULAU PINANG

Mcmana gambar di atas tu...segak tak???Inilah ayam yang berada dirumah saudara Mi Kebab, SP ambil gambar minggu lepas. Sangat bergaya di meja hingga memukau hati SP. Cutting yang menarik dan mempunyai kaki yang panjang. Mungkin boleh jadi calon untuk ayam terbaik untuk game akan datang. Kalau ada penganjur yang nak ayam yang ori tanpa ada sebarang jahitan mungkin ayam ini boleh diketengahkan.

Kehebatan ayam ini sangat2 mengagumkan kerana apabila riuh disekeliling maka lagi jahatlah perangainya. Lebih sedap jika ayam ini masuk mewakili kategorinya di dalam best of the best kerana selalu SP lihat semasa BOTB dijalankan, waktu itulah suasana akan riuh rendah.

Tahniah kepada tuannya kerana dikurniakan ayam secantik ini dan SP mendoakan agar akan ada lagi ayam-ayam begini direban yang sama bagi mewakili Pulau Pinang di pertandingan2 yang akan diadakan di masa akan datang.