Sunday, April 29, 2012

MESTI MAKAN





Kalau SP lalu di depan kedai ni mesti kena singgah..masakan yang panas2 dan berbau harum serta menyelerakan akan SP kunjungi pada  pukul 9am-11.30am dan kalau terlewat sikit pasti dah penuh orang dan kalau tak bernasib baik terpaksa pula tunggu gulai ikannya yang power tu. Kalau tak percaya sila kunjungi. Dibuka setiap hari(jumaat tutup) pada pukul 9am-4pm(lauk habis tutup awal). Lokasi di area Bayan Lepas. Kalau tak jumpa tanya orang-orang kat situ pun boleh.

*nama kedai ni CARGAS CAFE

Wednesday, April 25, 2012

PENGINAPAN DI PULAU PINANG (B HOTEL)

Salam, SP nak war-warkan kepada rakan-rakan yang datang ke penang jika mencari penginapan, anda boleh menginap budget hotel kenalan SP iaitu Encik Arif di B Hotel. Lokasinya senang saja berhadapan dengan Terminal Bas Sungai Nibong atau Tapak Pesta Sungai Nibong..

Kalau nampak warna oren yang tulah. Jangan risau kat situ banyak kemudahan seperti tempat makan, pengangkutan dan macam-macam lagilah. Bilik pun selesa.

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi 

04- 659 0809 (waktu pejabat)

014 3006214 (selepas waktu pejabat)
TRAVELLER REST HUB
572, Jalan Sultan Azlan Shah,
11900, Sungai Nibong,
Pulau Pinang.
























Tuesday, April 17, 2012

PEGANTI BAPA KANDANG DI RUMAH


Bapa kandang terbaru SP...telah ditukar ganti setelah lama bertapa di kandang. Bapa yang baru ini ciri2 sama juga yang SP utamakan iaitu balung balung yang halus. Tapi bapa ini berdada sangat besar. Agaknya kena cari induk slim kot. Sangat gagah memanjat induk walaupun gaya nampak mcm 23.5. Jangan dilupa bapak ni kuat berkepak ye walaupun selam.Harap generasinya tidak jemu mata memandang selepas ini.

*ada tak ibu-ibu yang slim nak rekemen kat SP...pm ye(kita main ciri-ciri)

Sunday, April 8, 2012

ABANG KEPADA TORNADO???



Diberitakan jantan di atas adalah abang kepada Tornado. Kalau bukan abang tornado pun tak apalah janji dari reban yang sama dengan tornado. SP lihat perkembangan ayam-ayam kuning sekarang sangatlah mahal dan tidak termampu SP nak beli untuk dibawa bertanding. Jadi terpaksalah SP buat sendiri dengan kaedah yang telah breeder2 lain buat. SP pun belilah bapak tersebut daripada tuannya untuk dipadankan dengan induk-induk SP.

SP cuba nak kekalkan dengan meramaikan induk-induk krim di rumah SP yang tarik-tarik pula. Tak kuning tak apa janji induk kuar warna krim. Dan yang paling penting adalah balung mau jadi mancis.

Dalam perancangan SP, bapak di atas akan dipadankan dgn induk yang di dalam gambar. Harap-harap akan mengeluarkan anak yang ramai. Tuan asal bapak tersebut iaitu abang Mizi Padang Luas memesan kepada SP agak jika orang datang ke reban kita, biarlah orang yang datang tu tidak menumpukan anak kepada seekor pembaka dirumah kita saja. Maksudnya semua pembaka di rumah kita tu boleh pakai..anak kuar cantik-cantik dan tidak menumpukan kepada ibu kandang atau bapa kandang sahaja.

*ehsan gambar dari mkggroup.blogspot.com(minta dari serama tunggal)

Tuesday, April 3, 2012

INDUK-INDUK DIREBAN SP TERKINI






induk-induk yang menghuni di reban SP..
semuanya trah tok uban...
nanti bolehlah SP jualkan anak2nya mcm dulu pula ye....
sekarang ni SP sedang mengumpul duit untuk mencari jantan yang cantik pula...
ada sapa2 yang nak rekemen jantan pembaka silalah hubungi SP

*nak cari ayam jantan yang mcmana ye