Monday, July 27, 2009

KHASIAT TAUGEH


Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia. Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis.
Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis) Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.
Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Sunday, July 26, 2009

PERTANDINGAN TERBESAR???

Menariknya pada awal bulan Ogos penggemar ayam serama akan berhimpun untuk menyaksikan satu pertandingan yang SP sendiri pun rasanya tak dapat nak tolak utk memeriahkannya walaupun time tu SP kena bekerja.
SP datang nak melawat kawan2 dan tgk hasil bentuk terkini ayam2 skarang dan berjumpa dengan sifu.manatau dia hadiahkan induk kandang ke..hehehehe


buat masa ni 2ekor anak ayam SP dari kecik lagi org dah sapu.lepas ni sori ye sp nak bawak sorok.hehehehe(nasib baik kawan baik yang amik)
Kotak ni agak2 masih ada tak lagi. slalunya ramai yang prefer bawak kotak mcmni dari kotak kayu sebab rasanya berat.SP mana2 ok je.janji ayam tak buas dan sayap2 terjaga. nak kena belajar lagi mcmana kawan2 menjaga aksesori ayam seperti ekor dan sayap.

*nak tgk kawan bawak nanti main anak A mcmana.

Thursday, July 16, 2009

THE PERSUIT OF HAPPYNESS


My sleeping time is when humans walk across the land with warmth

My working time is when humans are covered with chills

tucked in comfort with warmth

I walk across the land to seek warmth with chills...

Thursday, July 9, 2009

PERPINDAHAN BINTANG BOLA SEPAK TERNAMA DI DUNIA




Di kala kita ternanti-nanti siapa yang akan meninggalkan kelab masing-masing serta berhijrah di tempat baru, akhirnya sudah terjawab..


Real Madrid adalah sebuat kelab yang kadangkala membuatkan orang kecewa kerana sikap yang suka membeli pemain dengan harga yang tidak munasabah. ini telah diikuti oleh saudagar arab yang membeli manchester city dan menaruh harga yang tinggi juga supaya ada bintang yang akan masuk ke lubuk mereka. tetapi jika bintang yang masuk ke kelab tersebut seperti robinho mengecewakan kelab juga kerana tidak dapat memberi pulangan yang berbaloi. Tauke Chelsea akhir2 ini juga tenggelam punca dan tidak lagi menaruh perbelanjaan yang berlipat ganda untuk mendapatkan pemain terbaik dunia. tidak tahulah kenapa, mungkin sudah tahu bagaimana bermain dengan duit utk melabur ke atas pasaran bola sepak.

Jika anda perasan kita pemain ayam serama juga adakalanya seperti mereka juga. ada yang gamble untuk membeli anak2 kecil, ada yang terus membeli yang sudah ada ranking dan ada juga yang membeli bekas2 juara. Itu semua pilihan masing2. Kena tengok poket masing2 lah.hehehehe.

SP telah lalui semua pengalaman itu dan skarang masih melalui detik2 ini.adakalanya membeli, menghasilkan anak sehinggalah mendidik supaya tidak terjun meja lagi. sebab tu SP suka berjalan belajar melalui pengalaman. jika mengharapkan teori dari pembacaan di blog atau dimana2 milis agak susah sedikit umpama teori dan praktikal.

*walau apa skalipun SP akan menentang C.Ronaldo bersama kelab terbarunya di FIFA 09/10 di XBOX.anywhere...anyhow...GLORY GLORY MAN U....


Sunday, July 5, 2009

PENCARIAN JAWATAN BARU



Kepada sesiapa yang mencari kerja sama ada nak bertukar tempat kerja, nak bagitau kat sedara mara atau baru habis blajar,boleh la ushar2 web http://www.usm.my/ dan klik pada e-recruit. kalau nak lebih mudah terus je ke http://eregistry.usm.my/hr/erecruit dan anda bolehlah mencari kerja yang sesuai.tapi perlu diingat harus mendaftar dulu pada passport baru. sekali keluar jawatan baru boleh minta.

kelmarin sp jalan2 ke tanah besar meninjau perkembangan di sana. nampaknya pulau pinang akan dimeriahkan kembali dengan ayam serama kerana rata2 mempunyai ayam2 hebat.

*lepas ni akan ada banyak tok uban akan muncul di reban SP

Wednesday, July 1, 2009

KASI GEGAR BAH!!!

seperti yg SP jangka,keturunan si labu tidaklah mengecewakan.lihatlah saja anak ini. tetapi jgnlah salah sangka kerana anak ini adalah anak saudara kepada si labu saja.semasa labu tetas,ada seekor betina menetas juga(sama ibu dan bapa).





Maybe anda boleh saksikan di game2 akan datang aksi anak saudara labu ni. SP pun berkenan jugak tapi cukuplah dengan ayam2 SP yang ada


*ramai pulak yang merisik Si Labu skarang ni