Sunday, June 28, 2009

BUNGA CENGKIH


Selepas Orang Kita(nickname dalam ruangan chat SERAMAPENANG) bertanya ada anak2 ayam yg SP buat jadi mcm yang SP letak dalam blog,tup2 terus terkeluar anak yang mcm kat bawah. Anak di bawah belum lagi tukar bulu kuning dan SP tidak asing lagi dengan ibu. cuma kadang kala saja SP letak asing untuk dipertontonkan kepada kawan2 yang datang. tak tahulah samaada nak jadi mcm bapaknya atau pun tak, janji SP tak perlu nak cari darah tok uban buat masa sekarang sebab dah jimat sekor untuk dijadikan baka. Tapi ini bukanlah hasil terbaik kerana masih dalam peringkat percubaan. ada beberapa peringkat lagi yang perlu SP lakukan.

Tak dapat dipastikan dengan betul apabila tuan yang menjual ayam ini (ayah wan/wan motel)sama ada Acappan(seperti gambar di atas skali)adalah adik beradik kepada johan muda tasik kenyir.Sebabnya semasa SP melawat dungun,beliau pernah menyebut begitu.tetapi kalau bukan pun tak mengapa sebab ciri2 yang SP nak ada pada acappan. dan yang lebih penting Acapan naik ibu dengan cantik walaupun bertubuh kecil.

*Adik beradik bunga cengkih yang lain tak sempat keluar sebab telur rosak akibat hujan lebat. Silap letak tempat telur mengeram semasa di rumah baru. Bila check balik ada anak ayam dalam telur tu.



Thursday, June 25, 2009

FILM TERUNGGUL TAHUN INI


Filem yang SP tunggu2 telah keluar.nak tgk awal2 ramai pulak so tunggu rabu depan sebab tiket murah. Sabtu ni pelajar2 baru yang akan mendaftar. So SP terpaksa tinggalkan pertandingan yang rancak berlangsung akhir2 ini kerana tugas hakiki perlu dijaga. Ayam serama adalah hobi saja so takperlu la SP nak buat all out sangat.

Sekarang dah menjadi tradisi kerana penganjur yang selama ini adalah pemain amat prihatin terhadap hadiah2. Kebanyak yang SP dah nampak penganjur akan mula memberikan hadiah yang para pemain nantikan iaitu barangan yang bernilai serta ringan seperti duit. Semasa SP jalan2 di kedah dulu ada seorang kawan tunjukkan hadiah yang dimenangi adalah hadiah yang dan beliau katakan kepada SP kalau nak

buat tanding dia dah boleh keluarkan barang2 yang dia dah menang.


SP pun nasib baik juga dpt hadiah yang begitu so sesama musim kawin SP dpt la hadiahkan mereka barang2 seperti alatan elektrik. yang menariknya juga SP penah memenangi 2handphone NOKIA. Apalagi SP pun jual je kat kawan dan saudara. So taklah tersimpan kat rumah je. takut tak guna dan rosak begitu saja.






Wednesday, June 24, 2009

'Nasi ganja' nasi kandar istimewa Ipoh




Kalau berkunjung ke bandar raya ini, tidak sah rasanya kalau tidak singgah makan nasi kandar di sebuah gerai yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama iaitu Kedai Kopi Yong Suan di Jalan Yang Kalsom, di sini.Gerai tersebut yang telah dibuka sejak tahun 1960 iaitu seusia kedai kopi itu bukan sahaja yang tertua di bandar raya ini, malah yang paling popular di kalangan penggemar nasi kandar.

Walaupun nama asal masakan itu ialah Nasi Kandar Ayam Merah, kebanyakan orang menggelarkannya sebagai 'nasi ganja' kerana kesedapannya boleh membuatkan orang merasa 'ketagih'.Warga bandar raya ini yang pernah mencuba 'nasi ganja' itu pasti akan menjadi pelanggan setia masakan itu manakala orang dari luar pula tidak akan lupa singgah makan di situ setiap kali berkunjung ke bandar raya ini.
Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.Bagaimanapun, penggemar masakan itu sanggup beratur panjang untuk semata-mata untuk menghilangkan rasa 'ketagihan' mereka terhadap 'nasi ganja'.
Menariknya, pelanggan restoran itu terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu, Cina dan India walaupun ia merupakan kedai kopi Cina.

KENAPA ORANG MELAYU MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.Orang Melayu dan Islam makan biasanya menggunakan tangan kanan.

Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab denganmudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.



Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ......... !



Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudinitu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannyaKetiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernahjatuh dalam longkang.... ......... !!Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.

Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihatTengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.............

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... .................

Sunday, June 21, 2009

TERBARU DARI LADANG (SI MANDI)

Ayam ni tidaklah terlalu tua kerana masa Si Labu di dalam kategori muda, ayam ni juga masuk kategori yang sama. Semasa awalnya ayam ini bergegar dan apabila masuk kategori gegarnya sudah hilang. Baka baik dari Ganu ini SP dapat apabila berjalan2 melawat reban kawan2. Biasala bila dah kawan2 mestila bagi harga kawan2. Ayam ni SP cadang buat bapak je memandangkan tuan lamanya juga dah campur dgn ibu. Tapi SP fikir kena letak di rumah kawan untuk proses breeding kerana kawan awal2 lagi dah minta untuk breeding. SP ok jer janji dipelihara dgn baik serta terjaga kebajikan ayam ni..ayam ni kecil dari Si Labu. Kalau ada anak SP akan siarkan kerana skarang ni SP dok tumpu kepada Bapak Acappan(tok uban) yg kat rumah SP



*letak nama Si Mandi sebab dari amik tak pernah SP bagi mandi

Wednesday, June 17, 2009

PERANGAI ANAKKU(DALAM VIDEO BARU TERJUAL RM200 ONLY)




Untuk tidak menghampakan kawan2 SP ada download video dan gambar anak yang SP belajar breed. Baka pilihan SP sudah semestinya yang lambat main supaya tak mudah rosak badan awal2. Video diatas adalah anak kepada Si labu.video ni SP amik dah lama semasa tinggal di rumah lama. yang dalam gambar tu plak SP harap anak Tok Uban SP. Bapaknya nama Acappan.

*Kita cuma merancang tetapi Allah juga yang tentukan

Wednesday, June 10, 2009

APA ITU TARIK SELAM???

Minggu sudah SP tidaklah begitu sihat untuk bergiat aktif tapi atas permintaan kawan nak berjumpa di Penang so dengan bersemangat SP turun membawa Si Labu ke Seberang Jaya.

Terima Kasih kepada rakan2 yang melayari blog SERAMA PENANG. Ramai juga yang bertegur sapa di tempat pertandingan dan memberitahu ada tinjau2 blog ini. Diharap kepada pengunjung di Pulau Pinang jika nak SP masukkan entry anda didlm blog ini jgnlah segan2 hubungi SP.SP suka berjalan sambil melihat kehebatan ayam2 anda. Mana tidaknya sampai melaka,Terengganu,Kelantan,KL,N9,Kedah dan Perlis hanya semata-mata nak tgk ayam. SP juga menjemput kawan2 yang ingin melihat Si Labu dengan lebih dekat, dtglah berkunjung ke sini.

Di atas adalah video lama yang SP jumpa dan boleh dikongsi bersama. Ayam yang tarik dan selam. Ayam begini selalunya markahnya boleh mencapai markah 23.5. Selamat menonton

Tuesday, June 9, 2009

PETUA BERSAMA ANAK



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Jom kita baca tips mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi dalam mendidik anak dengan lebih berkesan.. Rasanya boleh diaplikasikan dalam situasi lain juga.

A. Petua Merangsang Anak Yang Mempunyai Masalah Komunikasi

• Ibu bapa harus memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.

• Pamerkan kasih sayang dengan jelas.

• Puji anak secara khusus.
• Berikan pujian & penghargaan sekerap yang mungkin.
• Hormati kawan-kawan anak.

• Kongsi perasaan ibu bapa dengan anak-anak.

• Kongsi hobi dengan anak.

• Lakukan sesuatu yang istimewa untuk anak.

• Bentuk suasana komunikasi yang selesa.
B. Petua Merangsang Keistimewaan Anak

• Kenali dan nyatakan ciri istimewa anak.

• Terima dan galakkan anak memberi pandangan dan cadangan.

• Terima dan hargai anak walaupun ada kesilapan dan kelemahan.

• Cari keunikan dalam idea atau perlakuan anak dan beri pujian.

• Beri peluang anak untuk mencuba atau bertindak secara unik.

• Hormati setiap pandangan anak walaupun ada yang tidak disetujui oleh ibu bapa.

• Hormati barang kepunyaan dan biliknya.

• Beri peluang anak melakukan sesuatu kerja atau tugasan mengikut caranya sendiri.

C. Petua Meningkatkan Keyakinan Diri Anak

• Bantu anak meningkatkan kemahiran berkomunikasi Galakkan beri pandangan. Dengar ceritanya. Suruh ceritakan pengalaman di sekolah setiap hari.

• Libatkan anak dalam merangka peraturan dalam rumah tangga dan dalam menyelesaikan masalah.

o Jadual harian di rumah.

o Tanggungjawab mengenai bilik tidur.

o Tanggungjawab membantu kerja-kerja dirumah.
• Nilai proses penyelesaian masalah yang dijalankan oleh anak.

• Beri penghargaan untuk setiap 1 kejayaan walaupun kecil.

• Hormati aras ketrampilan anak dan sentiasa ingat yang dia sedang belajar.

• Galakkan anak membuat matlamat peribadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

• Beri sokongan dan galakan bila anak dapat mempengaruhi orang lain secara positif.

• Terima perubahan dalam peranan yang dimainkan oleh anak. Contoh : Masa kecil suka ikut bapa ke mana-mana. Bila sudah besar tidak mahu lagi ikut bapa.

Sunday, June 7, 2009

GASTRIK PUNCA PEDIH ULU HATI

SESEORANG yang menghidap penyakit gastrik atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.
Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.


Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Apabila muntah kita akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.
Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.
Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.


Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.
Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik adalah baik bagi mereka mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.


*Jawapan disediakan oleh: Dr Jamaludin Yusak, Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).

Monday, June 1, 2009

KAMALAU SERIES






Anda dulu mesti suka ikan ni. Ini adalah ikan yang dulunya pernah melenyapkan hobi ayam serama di Malaysia. Sekarang ia timbul semula dengan model baru. Kecil dan besar horn/tanduknya. SP pernah juga habiskan duit untuk memiliki ikan ini. cepat sungguh ikan ni laku kerana hanya 2minggu pun ikan ni dah ada tanduk.bayangkan 2minggu tu boleh dpt rm1500. Tapi macam biasa la induknya sudah tentu tidak dijual. SP teringin nak bela balik ikan ni sebabnya dah murah skarang ni. saja nak bagi ada ong kat rumah. Kepada sesiapa yang berminat boleh juga SP bekalkan untuk anda kerana ikan ni dah murah. Bukanlah kita nak hapuskan minat bermain serama, cuma kita nak mempelbagaikan hobi serta mengenali habitat yang Allah cipta.
*SP tak berniat nak komersialkan ikan ni cuma bela seekor saja untuk penyeri rumah.